Friday, March 7, 2008

Parti Baru!!!

Ke hadapan pengundi2 baru,

Terkini telah dimaklumkan bahawa sebuah parti politik baru yang bakal mencabar BN dan sekutu2 beliau dalam pilihanraya umum akan datang telah ditubuhkan. Parti ini yang masih tidak diketahui status pendaftarannya dengan ES PI AR, sedang menggandakan usaha untuk mencabar penguasaan BN yang selama ini menggondol mandat memrintah secara tidak betul i.e undi hantu, undi pos tipu, persempadanan semula oleh ES PI AR, dan lain2.

Lebih lanjut, kunjungi website ini

http://pundak.wordpress.com/

Friday, December 14, 2007

Hadui

Dh kena rejek lagi..belum propose lagi dh kena direct hit..aku mmg x bertuah la..huhu..so, tumpang hati tgh sedih2 nie, takat nie je la kot..

Saturday, December 8, 2007

Rumah oh rumah

Finally i'm home...rindu la plak kat merbok nih. baru berapa lama kat shah alam, dh kemaruk nk balik kampung. tp xpe la.

Cuti sampai isnin ni jer. nk kluar plak xde kereta. Kat umah, tidor memanjang. Tp hari nie aku gi keluar dgn abg kausar, nuriah, sama kak nor. Mula2, gi muzium arkeologi lembah bujang. dh lama x singgah situ. tgk candi apa semua lebih kurang, pi SP plak. ada PCFair kat central square, tp xde la besar mana pun. Kak nor cakap, kat PWTC @ KLCC lagi esar, siap 2 tingkat lagi. Huhu..Pastu kami gi pantai merdeka plak. Mandi laut!! Yg x tahannyer, main terjun jer. Asalnya plan nk gi tgk2 makan angin, tp sedar2 dh terjun. dgn xde baju ganti, balik ler kami dgn baju yg basah lencun. huhu..gamble beb..tp best jugak la...ada 1 kedai tu laksa dia meletooppp..best giler..nnti nk kena pergi lagi nih.

Abis cuti ni start CBT (computer based Training). Aku plak, 1 manual pun haram x bukak lagi. malas la pulak. mcm mana nk jadi kapten nih. nak gaji ribu2, blajar malas. hehehe...inilah aku..

Thursday, December 6, 2007

Duuuuhhhh...

Dis will be my 1st post...I really dont know why i create my own blog rite now, but 1 thing for sure, from today onwards, i really need a place @ space where i can put all the thing that i have in mind. Ye la kan, lepas ni hidup akan jadik lebih hectic. Aku tau skg ni aku tulis bhasa rojak, tp what the heck la kan.

Tdi ada briefing dgn captain hafizal @ taloq. I dont know why people call him that, and he told us not to ask. Short briefing, tp penuh dgn peringatan (tp aku amik sbg warning n ancaman) untuk kami kadet2 yg baru report in. Rendah sgt diri aku bila difikirkan balik. Bayk lagi dugaan kat depan nuu..boleh ke aku survive?

Aku nk tolong umi n ayah, tp boleh ker? Tinggi sgt harapan diorg tau, tp aku plak mcm x yakin jer. Rs mcm nk keje opis la plak. Xde la besar sgt tanggungjawab nnti nih. Tp gaji opis kecik la plak kan? Huhu...mata duitan betul. Aku bukan apa. Money is not everything, but almost everything needs money rite? Hatta nk kencing pun kena bayar. Kat KLCC saja dh RM2! APahal?! Tandas situ buat guna emas ker? Ntah la, aku pun x tau. Try tanya Murugayah tukang buat maruku kat Balakong. Mana dia tau!!!
Laparnyer, aku nk gi makan la. Td sebelum briefing aku makan biskut 4 keping jer. Tu la sarapan aku hari2. So, sapa kata pilot nie mewah? makan sedap2? Mana ada. Pilot ni mcm taxy driver, bus driver, beca driver, atau lorry driver jugak la. Yg beza,type of vehicles jer. Aku bukan nk rendahkan occupation aku ni, tp jgn la pandang tinggi sgt kat profession nie. It's a noble job, but others are noble too. Lain la kalau dh minat dgn aviation nie, bleh la kagum melangit2. Aku pun keje sbb gaji besor jer. Huhuhu...

Tersasul sebut psal keje, semalam aku mengalami pengalaman yg sgt mengharukan n buat aku sgt2 bersyukur dgn apa yg aku ada. Semalam kat Hentian Kajang, aku tgh temankan si Kausar ni gunting rambut (kalau nk tahu sapa si Kausar ni, nnti aku cerita, tp lain kali la). Time tu hujan lebat. Sbb dia sorg je yg digunting (???) aku duduk je kat belakang smbil tgk kat luar. Tetiber aku nmpak sorg pakcik yg keje tukang sapu sampah MENYAPU DAUN-DAUN DI DALAM HUJAN YG LEBAT...Giler dedicated! Even raining mcm nk giler, dia selamber jer jalankan tugas dier tanpa byk soal. Dr cara berpakain, mmg dia nie org susah. Tp demi sesuap nasi untuk dia n keluarga, hujan pun hujan la. Pergh...susah nk cari org mcm tu skg nie. Kalau aku pun mesti dh buat2 MC ari tu. Terharu sgt2. Ni kalau anak2 pakcik tu x menghargai dia, sumpah aku pukul diorg kalau aku kenal n jumpa. Time tu terdetik kat hati aku, betapa bertuahnyer diri aku nie even aku selalu anggap diri aku malang. Sikit2 x cukup yg tu, sikit2 x cukup yg nie. Kepala hangguk ko Iman! Ada berjuta lagi org yg x de apa yg ko ada! Ya ALLAH, berdosanya aku...